Selasa, 20 Disember 2011

diri idamanku


DIRI IDAMANKU!!!



Diri idamanku adalah muslimah yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa ketakwaan kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akn pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang – orang yang berjuang di jalan Allah



Diri idamanku adalah muslimah yang menjaga tutur kata

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak berbangga dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



Diri idamanku adalah muslimah yang menghormati ibubapanya, gurunya

Yang sentiasa berbakti kepada mereka serta keluarganya

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya

Yang akan mendidik anak – anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesedehanaan

Kerana dunia baginga adalah rumah sementara menuju Akhirat



Diri idamanku adalah muslimah yang tidak membazir masa

Matanya kepenatan kerana membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dam berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan



Diri idamanku adalah muslimah yang mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah lading akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Untuk meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian



Diri idamanku adalah muslimah yang solehah

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Keranaku mengimpikan syurga

Disitulah rumah idamanku

Yang mana kehidupan di sana penuh keindahan…

Jua tiada tandingannya…

Tiada ulasan: