Isnin, 2 Januari 2012

tahun baru


AGAMAWAN MENDEPANI
ALAF BARU

Mukadimah
Ramai yang masih terkeliru mengenai peranan sebenar
mahasiswa dan agamawan. Begitu banyak pandangan, kritikan, nasihat, teguran,
tohmahan, kutukan serta bermacam lagi yang dilontarkan kepada mahasiswa. Apa
pun asas terpenting yang perlu dipikul adalah amanah terhadap Allah S.W.T. Firman Allah Taala :
انا عرضنا الامانة إلى السموات والارض و الجبال فأبين ان يحملنها و اشفقن
منها و حملها الانسان انه كان ظلوما جهولا
Maksudnya
: Sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, bukit- bukau
namun semuanya enggan dan menolak kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya,
kemudian ianya diterima oleh manusia. Sesungguhnya manusia adalah zalim lagi
jahil. (Al Ahzab: ayat 72)

Tiada satu pengecualian
kepada mana-mana makhluk yang bergelar manusia di atas muka bumi Allah ini
untuk memikul amanah. Menurut Qurtubi, Ibn Kathir serta Fakhrul Razi dan
Al-Mawardi, amanah membawa maksud menegakkan agama serta mentadbir seluruh
dunia dengan berlandaskan agama.

Fenomena
Masyarakat Masa Kini
Meneliti dan
menganalisis realiti semasa umat, tanpa diragukan sememangnya terdapat
unsur-unsur yang merupakan masalah, cabaran dan ancaman. Ini termasuklah
hal-hal yang melibatkan soal pemikiran, sosial, ekonomi, pendidikan dan
politik, hatta yang membabitkan akidah umat.

Tiada ulasan: